Custom Search

Sunday, November 22, 2009

kematian........


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani....


Aku tak tahu nak tulis ape....
hmmm.... mende ni terlintas mase perjalanan balik tganu...
time aku terpaksa dengar ceramah dalam kerete.... :)

untuk ingatan aku dan rakan2ku sekalian..



jika kita selalu mengingati mati.....
adakah kita akan melakukan perkara2 yang dilarang....


jika kita tahu peritnya seksaan selepas mati...

adakah kita masih nak tunjuk aurat...
adakah kita akan seronok berzina...
adakah kita masih menghampiri zina...



masih bergunakah harta yang dikumpul disana..
kenapa tidak kita dermakan kepada yang memerlukan...
kenapa kita harus bermegah dengan harta sementara itu..
kerana..... kebanyakkan... bukan semua...
kebanyakkan orang berharta..
sudah lupakan tuhan mereka...
mereka lupakan kematian......
kerana mereka tidak diuji dengan kesusahan...



Tp, ada juga yang diuji dengan kesusahan...
bukan semua...
tp, ada yang menyalahkan tuhan mereka...
mengapa....
Allah tidak akan turunkan dugaan yang diluar batasan mereka....
dugaan ini sebenarnya mendekatkan diri mereka dengan Allah...



kita fikir sejenak....
manakah yang lebih tenang.....
berhibur sampai lupe dunia????
gembira hanya seketika...
sunyi yang bepanjangan...
berzikir dan memikirkan Allah..
ketenangan yang kekal...

Hati kita sentiasa dekat dengan Allah...
Hati kita tidak akan tenang...
atau kita tak kan sedap hati...
apabila kita melakukan dosa atau kesalahan....


Tp, kalau kita gembira dan tidak rasa bersalah melakukan dosa....
percayalah...
Hati kita telah mati......
Itulah perkara yang ditakuti oleh Rasullullah S.A.W....




hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)





firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)



Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."
(Surah al-Zumar ayat 22)




jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).


Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)





No comments: