Tuesday, April 20, 2010
Breathless
If our love was a fairytale
I would charge in and rescue you
On a yacht baby we would sail
To an island where we'd say I do
And if we had babies they would look like you
It'd be so beautiful if that came true
You don't even know how very special you are
[Chorus]
You leave me breathless
You're everything good in my life
You leave me breathless
I still can't believe that you're mine
You just walked out of one of my dreams
So beautiful you're leaving me
Breathless
And if our love was a story book
We would meet on the very first page
The last chapter would be about
How I'm thankful for the life we've made
And if we had babies they would have your eyes
I would fall deeper watching you give life
You don't even know how very special you are
[Chorus]
You must have been sent from heaven to earth to change me
You're like an angel
The thing that I feel is stronger than love believe me
You're something special
I only hope that I'll one day deserve what you've given me
But all I can do is try
Every day of my life
[Chorus]
Tuesday, April 6, 2010
I think i love you......
rasenye.. aku suka kat dia la....
Perkataan yang mungkin biasa kita ucapkan bila kita jumpe org yang kita rase berkenan..
sama ada dalam hati atau secara terang2....
tp, benarkah apa yang kita rasa itu cinta....
atau itu hanyalah bisikan dari syaitan....
atau perubahan hormon di dalam badan kita yang merangsang otak.....
apa itu cinta...... apa itu nafsu.......
(is it love or lust)
nak terang pun susah ni....
mungkin macam ni je la kot..
cinta: perasaan sayang kita kepada seseorang yang mana kita
rase gembira apabila die gembira.. dan kita sentiasa ada untuk mereka
ketika mereka perlukan seseorang... kita juga sentiasa bimbangkan mereka
dan melindungi mereka dari sebarang musibah atau perbuatan yang
merbahayakan mereka..
(haha.. iye ke ni...)
nafsu: perasaan sayang kepada sesuatu yang mengiurkan dan
membuatkan hati berdegup pantas...
huhu... cam ayat 18 je ni.... ish3....
tp, bukan kita pentingkan orang itu.... tp, kita rupa paras orang itu...
kita jaga die supaya tidak cedera kerana kita nak dapatkan sesuatu dari dia..
bila dia terlibat dalam kemalangan.. apa yang penting bg kita..
adakah rupa mereka masih sama....
bila kita dah puas dengan dia.. kita akan bertindak mencari orang lain...
adapun tatkala kita masih bersama dengan mereka...
mungkin itu kerana kasihan atau nak jaga imej....
tp, kita sudah tidak hiraukan kebajikan die lagi....
(huh.. ye ye je ni... haha)
sebenarnyer...
aku pun x tahu nak bezakan mende2 ni....
adakah aku cintakan orang itu...
adakah aku sayang orang itu....
adakah aku kasihankan orang itu...
atau...
adakah aku bernafsu terhadap orang itu (muahahahhaa)
mungkin ramai yang akan mengecam kata2 ini..
tp, ini satu kenyataan... sesuatu yang hipokrit akan sembunyikan...
Bagaimana harus aku tahu orang itu adalah orang yang aku cinta....
adakah orang yang aku suka sejak dari skolah....
adakah itu cinta.... atau aku hanya sayangkan dia seperti keluarga.....
kerana ego aku kuat untuk tidak mengorat org yang telah menolak cintaku..
ego aku lagi kuat dari cinta... haha.....
adakah cinta itu apabila aku sukakan dia kerana tingkah laku dan adap dia..
tp, kalau itu.. kenapa aku terus benci apabila die ajak keluar berdua....
kenapa tidak aku betulkan adab die... mungkin itu juga bukan cintaku...
tp... yang paling aku x tahu... kenape la aku tulis mende2 mengarut ni haa.....
ish3,.... baik la tidur ke.... study ke.....
haha....
suh mama carikan pun ok.....
huhu ('_')
surah an-nur:26
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Hadis diriwayat oleh Bukhari dan Muslim:
Nabi Muhammad SAW pernah berkata, “Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nanti engkau akan beruntung.”
Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada orang yang suka membujang sampai ke tua.Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak.
Tuesday, March 30, 2010
interview : Educational Trip to Beijing
hidup aku skarang dah x tahu mane hujung, mane pangkal dah.....
aku kene start balik semue skali.... rancang dari mula......
yang aku tahu.. sem ni..... cgpa drop..... nak kate one drop pun x boleh....
sbb dah masuk 3 ,4 ,5 kali drop dah..... start metrik sampai skarang asek drop je.... ish3....
3.4 pemula mukadimah.... skarang... 3.0........ ish3...... malu r ngan kawan2......
hah, pasal interview.... hari ni, aku berpeluang pergi ke interview untuk lawatan sambil belajar...
tp, aku x rase nak pegi sgt la.. sbb kene bayar rm 500... huurrmmm.... byk tu.... hidup dalam keluarga seperti aku, duit tu cam sparuh gaji bulanan tu...... haha....
okep, semuenyer bermula apabila kakak aku yang sorang ni kate nak cari la org ntuk interview..
tp, die nak pilih 4 org je.... dan kitorg ni patut pegi la interview ramai2 skek... huhu...
tunjuk komitmen kot.... aku yang komited dan dgn penuh komitmen pun pergi la....
ingat ade la 5 org.... last2 tgk 4 org.... ahh sudahhh......
aku pun tgk org kat situ besor kecik, besor kecik je..... nak ckp camne ni....
xkan nak tarik diri last2 minit..... habis la duit bayar shortsem aku.... kene cari kerje la lepas ni..
hari ni pun aku dah penat dgn 2 projek lagi..... x siap2 lagi walau dah nak xm......
ape ler...... jangan tiru aksi itu.... x elok utk cgpa anda.... hehe...
dah xde mood dah nak bgembire sgt time tu... tgk org pun cam x smangat dah nak ckp2...
tp.... semuenyer berubah......
nama dipanggil......
sila masuk ke bilik mesyuarat......
hah.... habis den....... dalam time tu la.... hati aku.. dubdab2.... x tahu la sbb 2 org gadis kat tepi aku ke sbb 3 org interviewer kat dpn..... ahaha.....
die pun tanyer... ape tujuan awk nak g sane.....
aku pun jawab... nak tahu macam mane care diorg blajar semue..... yang best tu... tu jawapan org sbelah..... ahahhaha.....
hah.. die tanyer lagi..... kalau kite hadapi masalah kat sane.... ape yang kite kene buat....
aku kene direct ttg solat.... haha..... aku pun dah x ingat ape dah.... main sebut je khilaf yang aku penah dgr ttg jamak dan khasar..... dah... die tanyer... betul ke???
aku senyum2 je r... dah x terkate......
dalam tu aku main2 je..... xde r nak serius cam org2 lain.... huhu.... apo la ni....
dah campur debor2 lagi.... adesss..... kaget......
tu r... mungkin x dpt r tu.... tp, ade la pengalaman untuk di interview.... haha...
malu r.... dah r ckp ngarut je dlm tu...... ntah ape aku ckp ntah... semue cam spontan dah keluar...
tu la citernyer.... tu pengajaran jgk la buat aku... walaupun aku x minat nak g beijing... tp, malu jgk r x dpt jwb soalan dgn betul.... :)
pengajarannyer: sentiasalah bersedia sebelum anda dipanggil... x kira di dunia atau di akhirat kelak.. kat dunia mungkin kita boleh baiki.... tp, bila dah masuk kat akhirat.. amal yang kita byk dari dunia la yang menjadi hitungan...... kita berusaha.. Allah yang tentukannya.... sentiasalah berdoa memohon daripada Allah... semoga kita semua ditempatkan di syurga.... amin... :)
Monday, November 30, 2009
jom kite bace ni.... haha
* Bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
* Magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
* Cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
* Bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
* Burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
* Bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
* Gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
* Orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
* Ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
from... www.syok.org
Wednesday, November 25, 2009
Tanda-tanda hati mati
antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
* Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah. - lanh