
KUALA TERENGGANU: Sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bernilai RM280 juta di Kompleks Sukan Gong Badak di sini yang baru setahun digunakan, runtuh pada jam 9.30 pagi tadi.
Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba 1, Pauzan Ahmad, berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi runtuhan itu menyebabkan sebuah kereta dan tiga motosikal serta sebuah jentera berat yang diletakkan di sekitar stadium itu ranap.
"Kami mendapat maklumat pada jam 9.45 pagi dan tiga jentera yang bergegas ke tempat kejadian sampai tujuh minit kemudian dan terus membuat penilaian bagi memastikan tiada mangsa terperangkap dan menentukan adakah akan berlaku lagi runtuhan," katanya ditemui di tempat kejadian.
--- sbelum ni.. ade la jgk kwn2 aku yg cakap bumbung die bocor la.. x cukup kuat la.. haa.. betul la tu... tp, kan bahaye kalau die runtuh time2 org main boling.. kalau lah org tu ade sakit jantung ke... lagi la teruk... tu la... mmg kemajuan tu penting.. tp kemajuan tanpa planning yg betul mmg akan menyusahkan.. kan3.. stadium tu mungkin dipercepatkan sbb sukma tu... jd diorg x buat dgn teliti.. main nak cepat je... karang kalau de org bleh sakit sape nak jawab.. nasib mase tu x de acare yg melibatkan kehadiran sultan.. kalau x.. sape nak jawab... tu kesusahan tahap tinggi tu..... hmmmm....




