Custom Search

Wednesday, April 27, 2011

pengalaman: comrade IIUM

siapa sangka aku akan ke kampung orang asli di kelantan....
dengan perasaan yang agak takut dan malu sebagai budak baru aku gagahkan kaki untuk ke perjumpaan pertama......
aku disambut oleh muka2 baru yang belum pernah ku kenal...
memberi senyuman dan menghulurkan salam kepadaku...
berbual sesuatu....

kemudian aku terperuk di hujung sudut bangunan bersendirian kerana tidak tahu apa lagi yang hendak di bualkan....
malu untuk bercakap panjang tentang sesuatu yang aku tak tahu..
mesyuarat di mulakan dan aku telah diberi 1 tugas yang belum pernah ku pegang...
MODUL....

kami disuruh berada di dalam kumpulan.....
aku sekali lagi terkesima diam seribu bahasa.....
di situ kami berkenal-kenalan antara satu sama lain....
seronok dapat berkenalan dengan mereka...


hari yang di nanti tiba.....
sesuatu berlaku di kampung....
ada berita kematian...
kami diberitahu agar menjaga kelakuan kami....
dan kemungkinan bahawa program2 kami akan berubah...


kami bertolak ke kelantan pada malam hari....
menaiki bas yang sangat mencabar....
di dalam bas kami 6 lelaki yang terpaksa duduk di belakang diberi pengalaman yang sangat istimewa... :)
di lambung bebrapa kali hingga terjaga dari tidur.....
seperti menaiki kereta kuda.....
tiap kali bas melalui jalan berbonggol...
kami di lambung lagi...... sehingga ada yang mabuk bas.....

perjalanan yang berliku diharungi dengan gembira..
aku akan pergi untuk melakukan apa yang aku suka....
setibanya kami di sana kami terpaksa menaiki lori untuk sampai ke kawasan kampung....
seronok... mungkin itu bukan pengalaman pertama aku menaiki lori...
tapi... itu pengalaman pertama duduk di belakang lori yang agak besar....

tiba di kawasan kampung..
aku terkejut melihat kaum asli yang belum pernah aku lihat....
mereka seakan2 kaum negro yang biasa dilihat menghiasi kaca televisyen tatkala pertandingan bola brazil diadakan....
ada yang kelihatan seperti robinho.... ada yang kelihatan seperti ronaldinho dan sebagainya....
dan mereka juga pandai bermain bola sepak....
kalau sahaja mereka dipilih bermain tentu ada perubahan dalam kancah bola sepak tempatan..... :)

hari pertama di harungi seperti biasa... byk membersihakan kawsan dan menyusun barang....
hari kedua kami memulakan tugas sebagai biro modul....
sangan mencabar.....
mencabar kesabaran....
mencabar keimanan..
mana tidaknya... budak2 di sana sangat nakal...
dari segi adap pun mereka agak kurang...
tapi... itu adalah tugas kami untuk mengajarkan segalanya kepada mereka..


penat di suruh... penat di pujuk.... hanya sedikit sahaja yang mereka ikut....
rase nak lempang pun ade..... tapi kesabaran yang menjadi penghalang.... :)
mereka adalah kanak2 yang sangat aktif....
memanjat pokok kelapa...... dan meninggalkan kelas begitu sahaja untuk melihat kehadiran kami......

hari kedua kami di sambut dengan berita perkawinan....
ada perkahwinan di kampung itu.....
satu lagi pengalaman baru yang belum pernah aku rasa.....
apatah lagi kahwin itu sendiri pun aku x penah rase... huhu :)


hari-hari lain dilalui dengan kesabaran yang tinggi dan cuaca yang sangat panas....
luar biasa panasnya...
bermula pukul 10 pagi sampai 6 petang..
terik... panasnya seperti 12 tengah hari.....

hari ke empat di gemparkan lagi dengan berita kelahiran bayi baru....
wah... seronok aku dapat berada di dalam banyak situasi
di dalam 1 program... :)

malam hari kadang2 kami datangi oleh haiwan2 liar seperti babi hutan..
anjing dan sebagainya...
nasib baik la xde rimau... huhu....

malam di kampung itu agak sunyi....
ada sekali bekalan elektrik terputus tatkala kami solat isyak di tengah padang.....
YA ALLAH....
sesungguhnya ciptaan allah itu sangat cantik....
kami dapat melihat bintang2 di angkasa....
satu pemandangan yang belum pernah di lihat di kawasan bandar.....
cantik... aku di beri kesempatan untuk menghayati bintang.....

malam seterusnya aku di dendangkan dengan cerita2 mistik yang pernah dialami oleh orang2 lama comrade.....
satu cerita yang mungkin akan aku ceritakan lain hari.....

hari terakhir adalah hari yang amat pilu...
melihat keluarga angkat menangis kerana keikhlasan pelajar2...
membuatkan aku tersedar bahawa ukhwah yang di cipta mereka sangat kuat.....
tangan yang memeluk erat komiti membuatkan aku sebak....
menahan air mata yang semakin bertakung di mata....
aku pernah melihat orang2 asli menangis....
tetapi melihat keadaan sebegitu memang baru.....
sesuatu yang tidak dapat di ceritakan dengan kata2....
bukan kerana video mereka menangis...
tetapi lebih kerana perginya seorang guru dan rakan untuk berkongsi ilmu...


di atas lori kami di baling dengan kertas oleh kanak2 di sana...
alangkah syahdunya apabila kertas itu di buka dan dibaca...
yang berbunyi "kami minta maaf dengan dua orang ya, jangan marah ya abang ku yang ku sayang, lain kali abang datang lagi ya, masitah nak tanya nama abang-abang semua, hari itu maimun baca dekat surau.."
mereka yang kurang reti menulis cuba sebaik mungkin untuk menulis dan memberitahu bahawa mereka dapat membaca.....


selesai sudah program kami......
balik menaiki bas yang sama....
sekali lagi di lambung...... kali ini di lambung sambil menyanyi....
lompat si katak lompat....
dan bila bas melanggar bonggol2... lagu sekali lagi di sambung...
lompat la tinggi2...... :)

pengalaman indah..... yang bermakna buatku......