Custom Search

Monday, November 30, 2009

jom kite bace ni.... haha

* Dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


* Bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.


* Magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


* Cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


* Bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


* Burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


* Bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


* Gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


* Orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


* Ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


from... www.syok.org

Wednesday, November 25, 2009

Tanda-tanda hati mati

antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah. - lanh

Sunday, November 22, 2009

kematian........


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani....


Aku tak tahu nak tulis ape....
hmmm.... mende ni terlintas mase perjalanan balik tganu...
time aku terpaksa dengar ceramah dalam kerete.... :)

untuk ingatan aku dan rakan2ku sekalian..



jika kita selalu mengingati mati.....
adakah kita akan melakukan perkara2 yang dilarang....


jika kita tahu peritnya seksaan selepas mati...

adakah kita masih nak tunjuk aurat...
adakah kita akan seronok berzina...
adakah kita masih menghampiri zina...



masih bergunakah harta yang dikumpul disana..
kenapa tidak kita dermakan kepada yang memerlukan...
kenapa kita harus bermegah dengan harta sementara itu..
kerana..... kebanyakkan... bukan semua...
kebanyakkan orang berharta..
sudah lupakan tuhan mereka...
mereka lupakan kematian......
kerana mereka tidak diuji dengan kesusahan...



Tp, ada juga yang diuji dengan kesusahan...
bukan semua...
tp, ada yang menyalahkan tuhan mereka...
mengapa....
Allah tidak akan turunkan dugaan yang diluar batasan mereka....
dugaan ini sebenarnya mendekatkan diri mereka dengan Allah...



kita fikir sejenak....
manakah yang lebih tenang.....
berhibur sampai lupe dunia????
gembira hanya seketika...
sunyi yang bepanjangan...
berzikir dan memikirkan Allah..
ketenangan yang kekal...

Hati kita sentiasa dekat dengan Allah...
Hati kita tidak akan tenang...
atau kita tak kan sedap hati...
apabila kita melakukan dosa atau kesalahan....


Tp, kalau kita gembira dan tidak rasa bersalah melakukan dosa....
percayalah...
Hati kita telah mati......
Itulah perkara yang ditakuti oleh Rasullullah S.A.W....




hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)





firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)



Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."
(Surah al-Zumar ayat 22)




jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).


Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)





fuyoo..... balik ganu....

aku dah balik..... Alhamdulillah...

selepas beberapa bulan tidak menjenguk Terengganu..
akhirnya aku pulang....

tp, sbelum sampai...
aku sempat kembara ke beberapa tempat..
mendengar ceramah mengingati kematian...
juga harungi beberapa cabaran.... haha...

ceritanya bermula...

17.11.2009

hari terakhir examku....
aku hampir terlewat ke tempat exam... cac foyer 3..
ntah.. relaks sgt la kononnyer....
pukul 8.40 baru nak kuor bilik... Adesss...
tp, hari tu nasib baik tak hujan...
aku jalan macam biase la...
tak nak la laju-laju sangat..
takot peluh dalam dewan exam....

tengah baik control jalan tu... tengok jam...... jeng3....
dah pukul brape ntah.. tapi kompem agak lewat r....
ape lagi..... pecutla jalannye.. haha...

Cepat2..... dah lambat ni... aku bermonolog...
biase la.. jalan sorang2 kan...
hah.... tengah jalan tu... aku ternampak la negro yang 1 kelas ngan aku...
sempat lagi lagi die masuk library antor buku...
memang tenang betul la tu.. haha...

sampai kat cac..
aku pun terikut la sorang sis ni....
macam budak kelas aku....
rupe2nyer bukan....
aku time tu dah x ingat jalan dah kat mane tempat exam....
jadi dengan bestnyer...
aku pun tawaf la cac tu...
dengan tawaf yang hampir lengkap.... adesss..
penat2...

sampai2... tengok org dah masuk dah seme....
haha...
aku pun masuk tu control2 la jgk.... haha...
dan.. bermula lah exam calculus aku yang susah itu...
adess.... dessss...... dessss....
itu la.. orang suruh study tido.....
hmmmmmmmmm...........


19.11.2009

haaa....

ari ni aku g shah alam....
tinggal la si ajie tu sorang2 dalam bilik....
tak tahu la macam mane keadaan die skarang.... haha...

aku rancang nak pegi pukul 1...
tp..... pejabat pulak lunch....
jadi.. tergendalah rancangan aku...
haishh....

ari tu... rancangnyer nak jumpe kawan aku...
sya.. pukul 6 lebih...
jadi dalam masa yang terluang itu...
aku pun lepak la kat bilik sidiq..
kat mahalah sidiq jua....
haha....

duk lepak tengok citer org jepun buat lawak..... haha...
ape la diorang... ish3...
tp, memang klakor la jgk.... :)

hah... abih tu... aku pun pegila shah alam...
sampai2 pukul 5...
adesss.... penat3.....
tp, malangnyer.. x jumpe jugak sya...
pastu ingat nak jumpe esk... x jadi jugak.....
sedeh la.. datang jauh2 x jumpe...
tp, bestnyer aku dpt pegi kat adik aku je r...
pasni dah x pegi dah la shah alam ni.... hahaha....
tp solat jumaat kat masjid sane best...
selepas berbulan2 aku solat kat uia...
akhirnyer aku dapat dengar
khutbah bahasa melayu skali ngan doa semasa selang 2 khutbah tu..
haha....


22.11.2009

aku dalam perjalan pulang ke terengganu...
naik kete..
sbb mak ayah datang amek barang adik aku....
nak tumpang org lain balik awal2..
xde org nak tumpangkan.. haha...
nak naik bas bazir je....

tp, yang ni agak mencabar....
dengan hujan lebatnyer...
jalan naik air...
yang paling teruk..
jalan berlubang.... adesss.....
jgn rosak dah la kete tu..
xde duit dah nak cari lain...
ish3.....


hmmmm...
aku x tahu la.. lepas raye haji ni...
aku nak balik johor ke x....
ntah la... spupu2 aku khatan...
mak cik aku ajak balik...
tp gtu la....
hahaha


---sekarang aku ade kat terengganu... hujan je sini...
tp best la.. sbb x la panas sgt..
nak tido pun sedap.. haha...
yang x bestnyer basah la.....

tunggu kawan2 aku balik.... nak main hujan same2.... weeee....... :)

Monday, November 9, 2009

gini citernye.... 1 st kapel... dan kegembiraan hati yang baru....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani....

10/11/2009


time aku form 5 dulu... aku mmg bz....
mane la ade mase sgt nak study... g memanah la, kawad la, pengwas la, pantun la......
cikgu mintak tlg la.... haha... kalau ikut.. mane la sempat nak ngorat2 org ni...

tp, 1 hari.... aku kenal la 1 org pgws perempuan ni... kite panggil dayah r... (bukan name sbenar)....

haaa.... aku kenal2 gtu je r... rapat2.... tp, kwn aku name imaan ( bukan name sbenar) macam nak ngorat die... imaan ni... agak player la..... pastu die kate die nak ngorat la dayah ni..
aku ni yang cam kenalkan diorg takot la.. imaan buat mende2 yang patahkan ati die ke, yang x elok ke... haha....

jadi... dgn berbekalkan nasihat guru tusyen aku.... die kate... kalau awk nak rase bodohnyer bercinte time skolah... kapel la..... awk mmg kene rase ni.... aku pun x paham sgt maksud die.... hahaha... ape agi... nak rase la.....

aku pun msg la die.... tanye.... nak jadi gf sy x....... jeng3...... pastu die balas.... nak.....
ahahahhahahaaaa..... 1st time kapel la tu... tp x r dating... kapel sms je.... kire kapel ke... hahahha... ntoh le.... hari 123 cam best agi.... tp hari2 yang mendatang tu cam problem sket....
aku pk2 balik kan.... ape yang aku buat time tu org kan tgk.... sbb tu r.. nak jumpe org perempuan berduaan kat tempat awam pun aku mikir 100 kali..

nak dijadikan citer.... hari ke 7 r kalau x silap.... aku pun pisah la..... tp.. aku x suke sgt la... sbb die cam kecewe sgt je.... aku pun sakit je ati sbb kecewekan org..... hmmm... sampai skarang aku xde makwe...

tp baru 3-4 hari lepas aku jumpe 1org.... tp die ade sakit friedriech ataxia.... xde ubat.... cam citer 1 litre of tears tu... tp, aku dah bgtau die awal2.. jgn jatuh cinta kat aku.... walaupun kitorg msg cam org bcinte je... haha...

aku dah pernah menangis sbb kehilangan salah 1 kwn baik... aku nak r nangis cam tu lagi... malu woo... tp masalah die... air mate tu cam xnak brenti keluar... giler2 malu..... haha... adesss.... :)

aku baru balik shah alam g tgk die td.... x pernah aku buat camni utk 1 org perempuan.. tp best jgk dapat jumpe adik aku... jd sbb tu r tulis terus ni... takot lupe nak kongsi pengalaman aku yang ini... haha... tata..... :)

die bukan kekasih baru aku... tp die org yang mengisi 1 slot kekosongan dalam hidupku...
aku amat menghargai die.... kerana die menghargai hidupnya....

Thursday, November 5, 2009

kisah cinta pertama dan terakhirku... stakat ini.... :)

cite die bermule mase awal form 5.......

nak cite la sbb pe aku kapel ngan die.. sbb pe 7 hari je....antara sbbnye kwn aku nak kapel ngan die aku konon nak selamatkan die la kononnyer.... haha.... ape yang terjadi sebenarnye?????

haaa... nanti lah cite..... dah lewat... kene g solat jumaat lu... haha..... :)

sabor2......